Wednesday 17 October 2012

APA ITU VITAMIN C??


 VITAMIN C atau ASID ASKORBIK amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh VITAMIN C membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?




 1.Vitamin C membantu pembentukan kolagen
iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2.Vitamin C menjaga salur darah
 
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

3.Detoksifikasi.
 
 Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

4. Sistem Keimunan
 
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

5. Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C.
 
Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


 Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.
Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.




"sharing is caring "
--------------------------------------------------







KERAP DEMAM , LETIH DAN SELESEMA?


Adakah anda kerap mendapat demam, selsema atau mudah letih berbanding rakan-rakan? Mengikut Dr. Rajbans Singh, jawapannya mungkin bergantung pada tindakan merangsang sistem imun.
Beliau juga memberitahu pakar gerontologi percaya bahawa kegagalan sistem imun akhirnya membawa kepada kematian awal. Seterusnya beliau mengatakan mempunyai sistem imun yang berkuasa dan efisien boleh menjadi satu daripada perkara-perkara penting dalam menjalani penuaan dengan jayanya. [Sila ikuti link ini untuk membaca artikel mengenai kepentingan sistem imun yang ditulis oleh Dr. Rajbans Singh, pakar runding perubatan dan geriatrik]







Dulu saya sangat berkira untuk membeli makanan tambahan seperti vitamin. Buat apa buang duit untuk benda yang tak memberi faedah? Namun bila dah meningkat usia ni lebih mudah jatuh sakit, barulah terfikir betapa pentingnya mengambil pemakanan tambahan, betapa pentingnya menjaga kesihatan sistem imun seperti yang disarankan Dr. Rajbans.

Doktor menasihatkan kita supaya mengambil makanan seimbang. Sangat baik nasihat tersebut kerana makanan seimbang dapat membekalkan berbagai nutrien yang diperlukan oleh sistem imun agar ia kekal sihat dan dapat berfungsi tahap optimum. Soalnya, di zaman serba moden ini, adakah anda yakin anda mendapat bekalan nutrien yang cukup dari makanan seharian kita setiap hari? Jika tidak, anda tahu apa yang anda perlu lakukan untuk mengekalkan kesihatan anda, untuk diri anda dan mereka yang anda sayangi.




"sharing is caring"
-----------------------------------------------







 


No comments:

Post a Comment