Monday 29 October 2012


KERAP DEMAM , LETIH DAN SELESEMA?


Adakah anda kerap mendapat demam, selsema atau mudah letih berbanding rakan-rakan? Mengikut Dr. Rajbans Singh, jawapannya mungkin bergantung pada tindakan merangsang sistem imun.
Beliau juga memberitahu pakar gerontologi percaya bahawa kegagalan sistem imun akhirnya membawa kepada kematian awal. Seterusnya beliau mengatakan mempunyai sistem imun yang berkuasa dan efisien boleh menjadi satu daripada perkara-perkara penting dalam menjalani penuaan dengan jayanya. [Sila ikuti link ini untuk membaca artikel mengenai kepentingan sistem imun yang ditulis oleh Dr. Rajbans Singh, pakar runding perubatan dan geriatrik]







Dulu saya sangat berkira untuk membeli makanan tambahan seperti vitamin. Buat apa buang duit untuk benda yang tak memberi faedah? Namun bila dah meningkat usia ni lebih mudah jatuh sakit, barulah terfikir betapa pentingnya mengambil pemakanan tambahan, betapa pentingnya menjaga kesihatan sistem imun seperti yang disarankan Dr. Rajbans.

Doktor menasihatkan kita supaya mengambil makanan seimbang. Sangat baik nasihat tersebut kerana makanan seimbang dapat membekalkan berbagai nutrien yang diperlukan oleh sistem imun agar ia kekal sihat dan dapat berfungsi tahap optimum. Soalnya, di zaman serba moden ini, adakah anda yakin anda mendapat bekalan nutrien yang cukup dari makanan seharian kita setiap hari? Jika tidak, anda tahu apa yang anda perlu lakukan untuk mengekalkan kesihatan anda, untuk diri anda dan mereka yang anda sayangi.




"sharing is caring"
-----------------------------------------------

No comments:

Post a Comment